Pertamanya kami ingin mengucapkan ‘Selamat Datang’ ke program Karnival Ramadan 2008. Kami mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan daripada pihak anda.
Karnival Ramadhan 2008 merupakan landasan terbaik untuk golongan usahawan IKS, para peniaga runcit dan individu-individu yang berminat untuk menjual dan mempromosi produk keluaran dan jualan masing-masing kepada pengguna di musim perayaan yang terbesar, khususnya dikalangan umat Islam di negara ini.
Bagi memastikan program Karnival Ramadhan 2008 mencapai objektif serta misi dan visinya, pihak penganjur telah menyediakan pelbagai pelan tindakan dan aturacara yang dapat menarik seramai mungkin pengunjung ataupun pengguna.
Pihak penganjur juga mensasarkan nilai jualan peserta di Karnival Ramadhan 2008 sebanyak RM 5 juta.
No comments:
Post a Comment