Saturday, May 3, 2008

Pesuruhjaya PAS Perlis Di Minta Berundur


Keputusan PRU 12 yang memperlihatkan terbentuknya lima buah negeri di bawah gabungan PAS, PKR dan DAP telah membuka mata banyak pihak. Bagi sesetengah pemimpin PAS dan UMNO/BN, keputusan PRU 12, adalah suatu tsunami politik yang telah dilakukan oleh rakyat (pengundi) yang melibat tiga kumpulan kaum iaitu Melayu, Cina dan India.

Ada pemimpin PAS, secara spontan mengatakan bahawa mereka tidak menjangka sama sekali akan dapat membentuk sebuah kerajaan mengantikan UMNO/BN kerana pada perkiraan politik semasa PAS hanya mampu menambahkan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat.

Namun, apabila peti undi di buka dan di kira, di pusat-pusat pembuangan undi ternyata rakyat di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor telah membuat kejutan kepada pemimpin kedua-dua parti (pemerintah dan pembangkang), apabila mereka menolak UMNO/BN yang telah berkuasa selama 50 tahun.

Di samping, Kelantan terus mengekalkan kuasanya dengan menang majoriti besar berbanding hanya kelebihan satu kerusi dalam PRU 11 lalu.

Sebaliknya, Terengganu yang menjadi negeri ‘target’ PAS mengambil alih pemerintah di bawah rejim Idris Jusoh (UMNO/BN) yang korup wang rakyat dan melakukan pelbagai masalah kepada rakyat tidak berjaya ditumbangkan. Begitu juga Perlis, negeri utara di Semenanjung yang sarat dengan tokoh-tokoh yang bertanding atas tiket PAS telah kecundang di tangan UMNO/BN, sekaligus melenyapkan cita-cita mereka (Pemimpin PAS) untuk menjadi kerajaan di sana.

Berikutan dengan kegagalan PAS Perlis menunjukkan prestasi cemerlang di dalam PRU 12 lalu, maka kedengaran suara-suara dari ahli bawahan mahukan berlaku pertukaran pucuk kepimpinan parti di negeri itu.

Menurut surat terbuka yang dipaparkan oleh Tranungkite, seorang Ahli PAS cawangan Beseri melahirkan rasa hairannya di atas kekalahan PAS Perlis yang dianggap teruk kerana kerusi yang dimenangi Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz hasyim Jasin di DUN Sangalang pada PRU 11 lalu, gagal dipertahankan.

Katanya lagi, ‘Nasib baiklah kekalahannya digantikan dengan kemenangan PAS di DUN Simpang Empat, kalau tak, pembangkang tidak ada wakil langsung dalam DUN Perlis.

Kegagalan PAS Perlis mengekal dan menambah kerusi di dalam DUN Perlis dan merampas sekurang-kurang satu kerusi Parlimen di negeri itu, telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang berkisar tentang kelemahan, sikap memilih bulu dan berfikiran sempit dikalangan kepimpinan PAS Perlis yang menjadi penyebab utama UMNO/BN masih boleh mengekalkan kuasa mereka.

Kini, tiada kedengaran suara-suara yang menyatakan kegagalan PAS Perlis berpunca penipuan oleh Suruhajaya Pilihanraya (SPR) yang mengendalikan PRU 12 lalu seperti yang di dakwa berlaku pada PRU 11 lalu. Sebaliknya, ahli-ahli merasakan ia adalah faktor kepimpinan PAS Perlis yang dianggap lemah, suka memilih bulu, berfikiran sempit dan tidak mampu membawa cabaran politik semasa yang lebih kompleks dan rencam.

Sehubungan itu, ada penyokong PAS di negeri itu mendesak PAS Pusat memikirkan untuk menggantikan jawatan Pesuruhjaya PAS Perlis yang sedang dipegang oleh Ustaz Hasyim Jasin kepada pemimpin yang lain pula. Ramai berpendapat bahawa, PAS Perlis memiliki tokoh-tokoh yang lebih hebat untuk menggantikan Pesuruhjaya sekarang. Antara nama-nama yang di sebut boleh menggantikan Ustaz Hasyim Jasin ialah Dato’ Dr. Harun Din (Timbalan Mursyidul Am), Haji Anuar Tahir (AJK PAS Pusat), Dr. Aziz Hanafi (Pendahwah dan Bekas Pensyarah), Ustaz Ahmad Ali (Bekas Pensyarah dan ADUN), Al-Hafiz Ustaz Zainal Abidin dan mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Hj Ismail Ahmad.

Menurut ahli PAS Beseri tersebut, “Saya bukanlah nak menyalahkan seratus peratus kekalahan teruk PAS Perlis kepada Ustaz Hasyim, tetapi saya kecewa, walaupun UMNO Perlis berpecah antara kem Shahidan dan Radzi, semasa PRU 12 lalu, tetapi PAS gagal memanfaatkan peluang keemasan sekurang-kurangnya mampu menambah bilangan kerusi di DUN Perlis untuk menjadi pembangkang yang kuat’.

Di samping, jawatan Pesuruhjaya yang perlu ditukar, jawatan Pengarah Pilihanraya Pas Negeri yang disandang oleh Karim Mat Rejab juga perlu diserahkan kepada orang lain. Ini kerana, PAS Perlis perlukan kepimpinan baru yang lebih segar, terbuka dan berorientasikan rakyat bawahan pelbagai latarbelakang, kaum, ugama dan taraf hidup bukannya kroni tertentu sahaja, katanya lagi.

3 comments:

saif said...

memang elok sgt ust hashim lepaskan jawatan PJ serah kat muka baru pulak....dah lama dah!!!!

bila muka baru jadi PJ nanti, jgn pulak dok kekalkan hj karim sbg pengarah pilihanraya negeri lagi...keja dia ari tu dok pecah belahkan pakatan rakyat....sanggup letak jawatan sbg ydp pdg bsr semata2 nak bagi laluan jugak utk kroni dia mat razi jadi calon bebas di dun titi tinggi walaupun majoriti ajk pdg bsr bantah....

Unknown said...

saya sokong sangat...
hari tu terbaca tentang komen mengenai pas terengganu, terengganu ka perlis ka 2 kali lima ja..
konon2 melayu tak berubah tapi apasal kedah dan kelantan boleh??
strategi ja yang tak kena kot..
lemah la strategi pas perlis.. maklumat tak sampai bawah, sedangkan perlis ni kecik ja. bayangkan kalau pimpinan pas perlis buat rondaan keseluruh negri.. saya ingat dalam masa 4 tahun boleh sampai ke akar umbi. ni dak, esok nak buang undi baru kalut. pastu semua keja tak jadi. fikir la tengok perlis ni kecik, orang pas tak ramai nak buat keja, golongan profesional tak berani tunjuk muka takut kena tukar.. nak tunjuk camna geng, pusing kiri org kenai, pusing kanan org kenai jugak, tak kata kata kat depa la jugak.. last2 depa sokong kot belakang.. yang tinggal org turun bendang(kampung).. depa ni kan tau sgt nak cakap rayu2org.. cakap marah2 tau la (cengei depa kata).. kenduri,pasang poster,ronda malam tau la.. strategi pun nak suruh depa pikiaq?? piii.. lagi pun kalau org mai perlis time election dulu pun mmg sepi ja.. banner2 pun lawak2 ja, lembut2 plak tu. tak sentuh lansung tentang minyak dan isu2 semasa. yg depa nak hanya tambah pembangkang dlm dewan. lecea.. apa2 pun kita terima ini semua sebagai dugaan dari Allah.. dan kita semua kena berubah dan berfikir dgn waras dan tenang.ambil ini sebagai iktibar.. kalu nak ubah pun kat perlis nak ada sapa dah??? ntah la pulak kalu ada?? ada ja kita tukar terus mulai esok gak... fikir2kanlah..
FROM PANGGAS WITH LOVE TO PAKATAN RAKYAT..

UMNO PARTI PENJARA said...

Selamat Tahun Baru 2“00”9 :-)













Takkan Melayu Hilang Di Dunia
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu ;-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Kite Pakat Undi BN Deh :-)
http://pro-faizal.blogspot.com